Segala persoalan sama ada Tengku Muhammad Faris Petra akhirnya terjawab. Hari ini dengan rasminya beliau telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan yang baru. Daulat Tuanku. Diharap segala kemelut selama ini selesai dengan Pertabalan ini.Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah membuat pengumuman mengenai pemashuran ini kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di Balai Rong Seri Istana Besar.
Pelantikan dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A menurut sumber blog The Kelantan insider. Antara petikan didalam Perkara 23A tersebut menyebut "Majlis Kerajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.
Nampaknya perlantikan yang penuh kontroversi ini dijalankan dengan berhati-hati kerana terdapat usaha yang pihak-pihak tertentu untuk mengagalkan upacara ini. Adakah selepas ini akan timbul lagi kontroversi mengenai pertabalan ini? Kita tunggu dan lihat namun diharap semuanya diselesaikan dengan baik..Ingin saya ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan diatas pertabalan Raja Kelantan yang baru. Semoga Negeri terus Aman dan Makmur.
No comments:
Post a Comment